CP 150 | PASUKAN PETRONAS SPRINTA YAMAHA – CKJ RACING TAWAN LITAR JASIN

Pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing unggul di Pusingan ke 3 Litar Jasin Melaka apabila 2 pelumbanya meraih podium 1 & 2. Kemenangan berganda ini diperolehi melalui kemenangan Md Akid Aziz (Juara) dan Ahmad Afif Amran (Naib Juara) di Kejohanan Petronas Malaysian Cub Prix Pusingan ke 3

Seolah memberi isyarat awal sewaktu latihan bebas dan sessi kelayakan serta “Super Pole” Md Akid Aziz menepati apa yang direncanakan pada perlumbaan akhir katogeri perdana CP150 Pusingan 3 di Litar Jasin. Berada pada grid perlumbaan yang pertama, Akid agak begitu selesa terus memecut untuk memimpin perlumbaan sedari awal hingga ke penamat walaupun diberikan tentangan diawal perlumbaan oleh Md Iqbal Amri dari pasukan GIVI Tekhne Yamaha

Memasuki lap ke 3 perlumbaan, rakan sepasukan Akid, Ahmad Afif Amran berjaya memintas Iqbal diikuti oleh Azroy Hakeem Anuar dari pasukan HONDA Yuzy Estremo. Saingan yang begitu sengit dikelompok kecil hadapan, Akid terus menjarakkan diri dengan kendalian jentera yang jitu tanpa menoleh ke belakang. Berbaki 6 lap perlumbaan, Kasma Daniel Kasmayudin dari pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor berjaya memintas Azroy untuk berada kedudukan ke 3 sehingga tamat perlumbaan.

Keputusan CP 150 Pusingan 3 Jasin

  1. Md Akid Aziz – PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing
  2. Ahmad Afif Amran – PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing
  3. Kama Daniel Kasmayudin – PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor

Sumber Berita : Malaysian Cubprix
Suntingan Berita : Berita Litar
Gambar : Berita Litar

www.beritalitar.com

PASUKAN ONEXOX TKKR RACING IDAM PODIUM DI LITAR JASIN

Kejohanan Petronas Malaysian CubPrix musim ke 30 bagi tahun 2023 ini yang akan memasuki Pusingan ke 3, namun capaian podium bagi Pasukan ONEXOX TKKR Racing masih lagi tidak berhasil. Walaupun diawal musim menampakkan ramuan tahkta juara sudah diperlihatkan oleh rantaian pelumba2 pasukan, namun nasib belom lagi menyebelahi mereka.

Pusingan ke 3 yang berlangsung di Litar Jasin, Melaka, Pasukan ONEXOX TKKR Racing yang dikepalai oleh pelumba veteran Md Muzakkir Mohamed bagi katogeri perdana CP150 menjanjikan perjuangan kental untuk menebus kehampaan di 2 pusingan sebelumnya. Menurut Muzakkir, susun atur Litar Jasin yang baru ini yang agak berstrategi dan teknikal ini membuatkan beliau agak teruja dan tidak sabar untuk berlumba dalam menggapai impian menghadiahkan podium buat pasukan. Litar yang mempunyai alunan mendaki dan menuruni bukit serta laluan lurus yang panjang pastinya memberikan cabaran buat semua pelumba. Disamping itu, kemenangan meraih podium di Pusingan ke 2 Kejohanan FIM Asia Road Racing yang baru berlalu seolah memberi suntikan semangat untuk dia dan rakan sepasukan yang lain.

Bagi katogeri CP125 pula, Hafiza Rofa berpendapat struktur dan susun atur Litar Jasin ini agak unik kerana mempunyai adunan untuk pecutan laju di selekoh panjang disamping selekoh pendek atau selekoh pancong. Ciri-ciri ini perlu diadaptasi pelumba dengan segera untuk menyesuaikan diri dan jentera lumba.

Berhasrat tinggi untuk meraih podium juara pada pusingan ke 3 ini, Hafiza tekad untuk membantu pasukan memperbaiki kedudukan setelah sasaran di dua pusingan sebelum ini tidak memihak kepada beliau dan pasukan apabila beliau kini secara keseluruhannya berada di kedudukan ke 4.

Sumber Berita : ONEXOX TKKR Racing
Suntingan Berita : Berita Litar
Gambar : Ihsan TKKR

TKKR UNGGUL DI LITAR SEPANG

Kejohanan FIM Idemitsu Asia Road Racing Pusingan 2 yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang hari ini menyaksikan penguasaan Pasukan ONEXOX BMW TKKR dalam kategori ASB1000.

Pelumba ONEXOX BMW TKKR Markus Reiterberger (Jerman) yang menduduki grid pertama perlumbaan semasa ujian kelayakan beraksi dengan keyakinan yang tinggi. Sebaik perlumbaan bermula, Zaqhwan Zaidi dari Pasukan HONDA ASIA DREAM-RACING WITH SHOWA yang bermula di grid ke 3 pantas memintas untuk mendahului perlumbaan sebaik memasuki selekoh pertama, namun Markus memintas semula apabila memasuki selekoh ke 3. Markus terus unggul memimpin perlumbaan.

Markus dengan gaya tunggangan yang begitu meyakinkan terus mengepalai perlumbaan sedang perebutan tempat kedua dan ketiga sentiasa bertukar pelumba antara Zaqhwan, Kasma, Andi, Azlan dan Haruki serta Passawit. Azlan Shah Kamaruzaman (ONEXOX BMW TKKR) yang sentiasa mengintai peluang berjaya mendapatkan peluang apabila di pusingan terakhir perlumbaan sewaktu memasuki selekoh ke 14, Azlan terus memacu jenteranya untuk memintas Zaqhwan hingga ke tamat perlumbaan

Keputusan keseluruhan perlumbaan pertama katogeri ASB1000 ini menyaksikan podium 1 dan 2 untuk Pasukan ONEXOX BMW TKKR melalui Markus dan Azlan Shah Kamaruzaman manakala podium ke 3 dimiliki oleh Zaqhwan Zaidi dari Pasukan HONDA ASIA DREAM-RACING WITH SHOWA

MOTUL CHAMPIONSHIP 2023 Pusingan 1

Ayoh beramai-ramai kita memeriahkan penganjuran sukan permotoran ini di Litar Lumba Rakyat Kuala Selangor pada 13-14 Mei 2023 ini.

Penganjuran kejohanan sukan permotoran ini yang mendapat penajaan utama dari Syarikat Minyak MOTUL dengan kerjasama MME Racing Team dan pelumba Danial Haikal serta beberapa lagi syarikat terkemuka yang berganding bahu. Antaranya adalah Zeneos (Tayar Rasmi), Bridgestone (Tayar), Ohlin (penyerap hentak), K&N dan banyak lagi

Beberapa katogeri yang dipertandingkan pastinya akan menarik perhatian antaranya Supermoto 450cc 4T, 250cc 4T dan Junior 130cc. Menariknya penganjuran ini juga akan melibatkan katogeri motor 2 stroke (2T) dimana 5 bahagian dipertandingkan.

Tidak dilupakan juga, MOTUL Championship Pusingan 1 ini juga bakal disertai dari pelumba luar negara antaranya dari jiran kita Singapura. Bagi para pelumba yang ingin menyertai kejohanan ini boleh membuat pendaftaran secara dalam talian di www.mmeracingteam.com atau email kepada motulchampionship@gmail.com

AYOH KITA GEGAR LITAR LUMBA RAKYAT KUALA SELANGOR

KASMA KEMBALI MENGGEGAR DI PUSINGAN 2 JEMPOL, NEGERI SEMBILAN

Pusingan 2 Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix di Dataran Seri Jempol menyaksikan Kasma Daniel Kasmayudin (PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor) kembali menggegar pentas kejuaraan katogeri perdana CP150 apabila berjaya mengekalkan rentak tunggangan yang mantap dari awal hingga tamat perlumbaan.

Bermula di petak pertama, Kasma yang berjaya mencatatkan masa terpantas semasa kelayakan “Superpole” berjaya mengenepikan tentangan dan saingan yang diberikan oleh Md Akid Aziz (PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing) dan Azroy Hakeem Anuar (Honda Yuzy Estremo). Diawal perlumbaan CP150 yang agak sengit, Kasma sedikit terkebelakang apabila dipintas oleh Akid dan Afif, namun Afif yang terjatuh sewaktu awal perlumbaan memberikan peluang buat Akid untuk memimpin perlumbaan sehingga ke pusingan ke 4.

Memasuki pusingan ke 5, Kasma berjaya memintas Akid dan terus mendahului kelompok hadapan dan acapkali diasak oleh Azroy dan juga Akid, Kasma terus tenang dengan gaya tunggangan yang amat meyakinkan walaupun berdepan dengan cuaca yang agak panas sewaktu perlumbaan, Kasma terus memimpin perlumbaan hingga tamat.

Keputusan CP 150 Pusingan 2 Jempol

  1. Kama Daniel Kasmayudin – PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor
  2. Md Akid Aziz – PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing
  3. Azroy Hakeem Anuar – Honda Yuzy Estremo

Sumber Berita : Malaysian Cubprix
Suntingan Berita : Berita Litar
Gambar : Berita Litar

www.beritalitar.com

SHAHROL SYAZRAS RAIH PODIUM JUARA CP150 PETRONAS MALAYSIAN CUB PRIX MUSIM KE-30 PUSINGAN 1

Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix Musim ke -30 Pusingan Pertama menyaksikan perlumbaan yang agak menarik apabila Shahrol Syazras (Honda Yuzy Estermo) muncul Juara Pusingan Pertama buat julung kalinya, apabila berjaya mengenepikan Akid Aziz (PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing) yang bermula di petak pertama dan juara keseluruhan musim Afif Amran (PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing) yang bermula di petak ke-2.

Bermula di petak ke 3 perlumbaan katogeri perdana CP150, Sharol Syazras pantas merebut kedudukan pertama perlumbaan apabila berjaya memintas Akid Aziz dan Afif Amran di selekoh pertama sejurus perlumbaan bermula. Berjaya menduduki kedudukan pertama pada 5 lap perlumbaan sebelum rakan sepasukan Idlan Hakimi (Honda Yuzy Estermo) mengambil alih kedudukan pertama di pertengahan perlumbaan sebelum dipintas pula oleh Afif untuk mendahului di lap ke-7 dan ke-8.

Pada lap ke-9 dan ke-10 pula, Azroy Hakeem Anuar (Honda Yuzy Estermo) memimpin kelompok di hadapan sebelum Shahrol memintas semula di lap terakhir perlumbaan bermula dari selekoh ke-2 hingga tamat perlumbaan. Perlumbaan yang sengit dimana sejumlah besar pelumba berada dikelompok hadapan yang agak besar dan rapat antara satu sama lain disamping cuaca terik sewaktu perlumbaan.

Shahrol Syazras Shahrol Yuzy 14’33:768s.
Ahmad Afif Amran 14’34:025s.
Azroy Hakeem Anuar 14’34:027s.

Sumber Berita : Malaysian Cub Prix
Suntingan Berita : Berita Litar
Photo : Berita Litar
www.beritalitar.com

Azroy kembali takluk Litar Sepang Selatan

Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix Pusingan 9 yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (Selatan) telah menyaksikan Azroy Hakeem Anuar dari pasukan Honda Yuzy Idemitsu kembali menaklok litar ini. Lebih manis lagi kemenangan Azroy ini juga telah diiringi oleh rakan sepasukan iaitu Idlan Hakimi dalam katogeri CP150, manakala tempat ketiga pula diraih oleh Iqbal Amri dari pasukan Yamalube GenBlu AHM Motorsports

Pertarongan perlumbaan yang agak sengit dimana Azroy yang memulakan perlumbaan di petak kedua dibelakang Izzat Zaidi di petak pertama. Izzat hanya berjaya mempertahan kedudukan pertama selama dua lap pusingan sebelum dipintas oleh Iqbal Amri. Manakala Azroy pula berjaya memintas kedudukan pertama selepas lap ke lapan namun dipintas oleh rakan sepasukan Idlan Hakimi. Azroy kembali ke kedudukan pertama di pusingan ke sepuluh dengan menggunakan segala pengalaman dan strateginya untuk terus memenangi perlumbaan ini.

  1. Azroy Hakeem Anuar, HONDA YUZY IDEMITSU TEAM, 14:08.068
  2. Md Idlan Haqimi Raduan, HONDA YUZY IDEMITSU TEAM, 14:08.414
  3. Md Iqbal Amri Abd Malek, YAMALUBE GEN BLU AHM MOTOR SPORTS, 14:08.490

Rimba Raid 2022 Kembali Mengaum

Setelah 2 tahun sunyi dari sebarang aktiviti akibat dari musibah pandemik Covid-19, akhirnya pada tanggal 24 September 2022 nanti bakal Rimba Raid kembali mengaum di Taman Negara Pahang. Jarak perlumbaan yang melebihi 200km ini bakal menanti pelumba untuk mengharungi laluan hutan hujan tropika didalam Hutan Simpan dan Taman Negara Pahang. Perlumbaan “off-road” ini yang dibahagikan kepada 4 kategori iaitu Class A Multi-Cylinder 1000cc ke atas, Class B Multi Cylinder 250cc – 999cc, Class Enduro Rally Single Cylinder Enduro/MX dan juga Class DP Rally Single Cylinder 250 keatas.

Edisi 2022 ini juga bakal menyaksikan penyertaan seramai 240 orang pelumba dari 13 buah negara termasuk Malaysia, Columbia, Kanada, Thailand, Singapura, Australia, Poland, USA, UK, Indonesia, Belanda, Itali dan juga Vietnam. Disamping itu penyertaan pelumba wanita seramai 4 pelumba juga bakal memberikan tentangan dan saingan didalam edisi kali ini dan mereka adalah Elissa Airin (Malaysia), Shamira Azahar (Malaysia), Cherie Tan (Singapura) dan Kanthaphat Kitisophonchodiran (Thailand).

Edisi 2022 juga menyajikan penyertaan dari 17 pengeluar motosikal dengan 39 buah model termasuk model baru iaitu antaranya Harley-Davidson Pan America 1250, Moto Morini XCape 650, WMOTO SX300, dan Fantic Caballero 500. Model-model ini akan berentap dengan saingan seperti BMW GS, Honda African Twin, KTM dan juga Triumph Scrambler.

Senarai pelumba dan juga pengeluar

https://www.facebook.com/media/set/?vanity=RimbaRaidAdv&set=a.485133266950822&cft[0]=AZWzyRL484K-0r64wy-d0JRoh9R4Hg0xI1JhE9mpHKH4iiN8P7JAlG0haQYAQN8Scvbx5195EOA8hgpoYj120FgEqBwn2jslCUKg0VqjfxN8KKYazIvLwYNgO0LAI1EJnGysfneBTqLWs4uLmOLss2x6b3bdtzaGabIFdG0kAQeTEw&tn=-R

https://www.facebook.com/media/set/?vanity=RimbaRaidAdv&set=a.485127506951398&cft[0]=AZUkFeXRI_CESyoxwgv-3YWqVU_LBSNmWQysoAWl2wA5Cja4Qb8LCyrMG-HrhzXKgdy4LKcvG6U8LVDdZLbK7mMvOqX71y8OJUe-5qZgQFbROdtl0H8DGv2Zcgxhy6tGOAljQNn04ojeBY4J2oB8MH9-cQtOdj1VpgTdgf7YXxPBHw&tn=-R

https://www.facebook.com/media/set/?vanity=RimbaRaidAdv&set=a.485096326954516&cft[0]=AZVmCvY47hAWiTqUR9N-IQcaX_XTw-tJM02vy21-TdDIUDrgoC7u6YfPaR_g9tyDDFPvjPxo-9t-sznbQ2pPLwZdjaAU_eJDnys77393Y3Y5300yv9k6bKz7DRI5ANKJUnzQhf4xVb7SfZjJdc_xfEVbBcH_XjO4C4935fofKNy_uw&tn=-R

https://www.facebook.com/media/set/?vanity=RimbaRaidAdv&set=a.485085136955635&cft[0]=AZXDMt7Vd-DBI61pkV9K04lslmTp-NFS-355YBCn3SdAc7dEmT-d_aaThIv_SlzfdWHub_Q9Fq5c6H3JtSwDGpvB7LI6nUlvRArOK5cMhI_-nQ_DEVw_7z6SxUF3_IN3kJMy8MaIhiulSbXqlOhaUnf0V1KMJJrQeMv8Ope6YzJ0rQ&tn=-R

https://www.facebook.com/RimbaRaidAdv?cft[0]=AZXuFA0Q8UPPghvfD4IDhnAA_zVeGbaXab2MbnbGUfK9W4wCJJ8H5xA_iaPkEehzjErwwF5JjE9J5mRlluPhz8e5BUvvT-llokLmCSC-6RUSuoPOnzNKz_oMZMPLFuK6BfCR91Yy1lbW6iN89G90oDxhW3RKINn4iJDb1BBs5CmeRQ&tn=-UC%2CP-R

Sumber berita : Rimba Raid
Suntingan Berita : www.beritalitar.com

Cubprix CP 125 : ONEXOX TKKR Racing di Podium 1 dan 3

Pasukan ONEXOX TKKR Racing terus gah dipersada katogeri CP 125 apabila 2 pelumba pasukannya gah berada di podium 1 dan 3 melalui kemenangan yang dihadiahkan oleh Md. Shafiq Rasol (juara : 11’48:421s) dan juga Hafiza Rofa ke 3.

Memulakan saingan perlumbaan di petak kedua, Shafiq berjaya menambat kedudukan pertama seawal perlumbaan bermula apabila berjaya memintas Md Haziq Hamdan pada lap pertama.

Mempamerkan gaya tunggangan yang kemas dan konsisten sepanjang perlumbaan, Shafiq juga berjaya mengoptimumkan keupayaan jentera lumbanya dangan sentiasa mengekalkan kedudukan pertama sehingga tamat perlumbaan.

Tempat ke 2 podium pula dimenangi oleh Md Adib Rosli dari pasukan YY Pang Yamaha Racing dengan ketinggalan masa hampir 4 saat dibelakang (11’51:944s) . Hafiza Rofa rakan sepasukan Shafiq pula di tempat ke 3 dengan catatan masa 11’54:706s

CP125 : Keputusan Pusingan 5

  1. Mohd Syafiq Rasol (ONEXOX TKKR Racing Team)
  2. Mohd Adib Rosli (YY Pang Yamaha Racing)
  3. Mohd Hafiza Rofa (ONEXOX TKKR Racing Team)

    Sumber Berita : Malaysian CubPrix

Cubprix CP 150 : PETRONAS Spinta Yamaha – CKJ Racing cetak kemenangan Podium 1 dan 3

Md Izzat Zaidi Md Salehan dari Pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing menaiki podium juara dalam katogeri CP 150 buat julung kalinya pada musim 2022 ini. Izzat Pelumba yang berasal dari Selangor yang memulakan perlumbaan dipetak pertama setelah melakukan catatan masa terpantas dalam superpole.

Bermula dari awal perlumbaan hingga ke garisan penamat, Izzat kekal di kedudukan yang pertama seolah tidak tercabar oleh lain-lain pelumba. Izzat begitu yakin serta konsisten dengan kelajuan dan gaya tunggangan sepanjang perlumbaan katogeri perdana ini.

Mengiringi Izzat di podium adalah rakan sepasukan beliau Afif Amran yang berpuashati di tempat ke 3 apabila cubaan beliau untuk memintas Azroy Hakeem Anuar (Pasukan HONDA Yuzy Idemitsu) beberapa kali gagal apabila Azroy berjaya menutup ruang yang terbuka. Azroy yang menduduki tangga ke 2 podium nyata gagal merelisasikan pencapaian yang dilakukan semasa sesi latihan bebas pada hari pertama.

CP150 : Keputusan Pusingan 5

  1. Mohd Izzat Zaidi Salehan (PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ Racing Team)
  2. Azroy Hakeem Anuar (Pasukan HONDA Yuzy Idemitsu)
  3. Ahmad Afif Amran (PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ Racing Team)


    Sumber Berita : Malaysian CubPrix
1 2 3 6