YUKI KUNII, HELMI AZMAN, HERJUN, FAHMI BASAM DAN HIROKI ONO TAKLUK PERLUMBAAN 1 ASIA ROAD RACING CHAMPIONSHIP PUSINGAN 5

FIM Asia Road Racing Championship Pusingan 5 yang berlangsung di Litar PETRONAS Antarabangsa Sepang dari 14 – 15 September 2024. Perlumbaan 1 kejuaraan ini menyaksikan saingan yang sengit dari pelbagai katogeri yang dipertandingkan.

Dalam katogeri perdana ASB 1000, pelumba dari Jepun Yuki Kunii yang mewakili pasukan SDG Team HARC-PRO Honda Philipine telah menaiki podium juara apabila berjaya mengenepikan hasrat pelumba negara Hafizh Syahrin. Mengiringi Yuki di podium ke 2 adalah pelumba negara Azlan Shah Kamaruzaman (TKKR BMW Racing Team) manakala pelumba Thailand Nakarin Atiratphuvapat (Honda Asia-Dream Racing with Astemo) di kedudukan ke 3.

Katogeri SS600 pula menyaksikan lagu Negaraku berkumandang megah apabila pelumba negara Helmi Azman dari pasukan IDEMITSU Boon Siew Honda Racing menaiki podium juara. Menemani beliau di podium adalah dua pelumba Thailand Apiwath Wongthananon (YAMAHA TEKHNE Racing Team ASEAN) di kedudukan kedua manakala Kiattisak Singhapong (Honda Racing Thailand) ke tiga

Katogeri AP250 menyaksikan saingan sengit apabila keputusan melalui gambar akhir jadi penentu. Herjun Atna Firdaus – ASTRA HONDA RACING TEAM dari Indonesia menjadi juara edisi kali ini, manakala pelumbaJepun Aiki Iyoshi (Motul Sniper Manual Tech) dan pelumba negara Syarifuddin Azman (IDEMITSU Boon Siew Honda Racing Team) dikedudukan ke tiga.

UB150 pula menyaksikan pelumba dari negara jiran tetangga kita Indonesia menghuni tangga juara Fahmi Basam (YAMAHA LFN HP969 INDONESIA Racing Team) ditemani rakan senegara Gupita Kresna Wardhna (4S1M Evo YAMAHA Racing Team) dan pelumba negara Shahrol Syazras Shahrol Yuzy (HONDA ESTREMO YUZY RACING) ditempat ke tiga

TVS Asia One Make Championship pula podium juara dinaiki oleh pelumba Jepun Hiroki Ono disamping pelumba Jerman Rocco Sessler kedua dan pelumba negara Ramdan Rosli ke 3.

DERUMAN KERETA LUMBA RALLY KEMBALI MENGAUM

Tanggal 16 Disember 2023 telah berlangsungnya perlancaran rasmi acara sukan lumba rally Malaysia International Rally Championship (MIRC) di Semenyih Eco-Ventures Resort & Recreation. Penganjuran sukan lumba rally ini bakal diadakan dalam bentuk karnival dan akan berlangsung pada 8-10 Mac 2024 di Felda Panching, Pahang.

Penganjuran MIRC ini akan dianjurkan oleh Millennium Motorsport Adventure Club (MMAC) dengan kerjasama Semenyih Eco-Ventures Resort & Recreation dan beberapa rakan strategik dari Parlimen Paya Besar, Majlis Bandaraya Kuantan, Kerajaan Negeri Pahang serta Pahang Corporation, Motorsports Association of Malaysia (MAM) dan juga Kementerian Belia & Sukan Malaysia (KBS).

Pengarah Acara, Dato’ Mohamad Khafey Ikhwan Bin Abdul Latif berkata, “Penganjuran MIRC ini bakal disertai oleh pelumba-pelumba rally dari luar negara antaranya China, Thailand dan Indonesia. Malah pelumba-pelumba rally tempatan juga menantikan acara berprestij ini untuk memberikan saingan disamping memaparkan kehebatan acara perlumbaan rally ini.”

Manakala Presiden MMAC, Hj Sutan Mustaffa Salihin menzahirkan rasa syukur dan gembira atas penganjuran sukan lumba rally ini setelah hampir 5 tahun kancah sukan rally sepi dari sebarang acara. “The Best Rally Tradition Is Back” menjadi tagline bagi acara ini menurut Hj Sutan.

Penganjuran sukan lumba rally ini bakal melalui 1 Super Special Stage sejauh 2km sebagai acara permulaan rasmi dan diikuti 19 Special Stage dimana pelumba akan meredah laluan di SS1 (Felda Panching Utara) SS2 (Felda Panching Selatan) dan SS3 (Felda Panching Timur)

Penganjuran rally berstatus antarabangsa ini juga bakal menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah hampir RM30,000 termasuk sebuah motorsikal. Disamping itu jumlah tersebut belum termasuk hadiah sampingan lain yang bakal diumumkan kemudian. Pihak penganjur juga berbesar hati membuka peluang untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak swasta dan korporat yang berminat dalam bentuk rakan penaja atau rakan strategik.

www.beritalitar.com

TKKR UNGGUL DI LITAR SEPANG

Kejohanan FIM Idemitsu Asia Road Racing Pusingan 2 yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang hari ini menyaksikan penguasaan Pasukan ONEXOX BMW TKKR dalam kategori ASB1000.

Pelumba ONEXOX BMW TKKR Markus Reiterberger (Jerman) yang menduduki grid pertama perlumbaan semasa ujian kelayakan beraksi dengan keyakinan yang tinggi. Sebaik perlumbaan bermula, Zaqhwan Zaidi dari Pasukan HONDA ASIA DREAM-RACING WITH SHOWA yang bermula di grid ke 3 pantas memintas untuk mendahului perlumbaan sebaik memasuki selekoh pertama, namun Markus memintas semula apabila memasuki selekoh ke 3. Markus terus unggul memimpin perlumbaan.

Markus dengan gaya tunggangan yang begitu meyakinkan terus mengepalai perlumbaan sedang perebutan tempat kedua dan ketiga sentiasa bertukar pelumba antara Zaqhwan, Kasma, Andi, Azlan dan Haruki serta Passawit. Azlan Shah Kamaruzaman (ONEXOX BMW TKKR) yang sentiasa mengintai peluang berjaya mendapatkan peluang apabila di pusingan terakhir perlumbaan sewaktu memasuki selekoh ke 14, Azlan terus memacu jenteranya untuk memintas Zaqhwan hingga ke tamat perlumbaan

Keputusan keseluruhan perlumbaan pertama katogeri ASB1000 ini menyaksikan podium 1 dan 2 untuk Pasukan ONEXOX BMW TKKR melalui Markus dan Azlan Shah Kamaruzaman manakala podium ke 3 dimiliki oleh Zaqhwan Zaidi dari Pasukan HONDA ASIA DREAM-RACING WITH SHOWA

Pelumba Muda Negara Hayden mengejar Kejuaraan Antarabangsa yang pertama

Pelumba muda Negara Hayden Haikal akan bersaing di perlumbaan Thailand Super Eco di Litar
Antarabangsa Buriram Chang bagi mengejar kejuaraan antarabangsanya yang pertama. Anak muda yang berusia 18 tahun ini yang telah meraih dua kemenangan dan menduduki tempat ketiga sebanyak tiga kali selepas enam perlumbaan dan kini berada di kedudukan kedua keseluruhan di dalam kejuaraan tersebut. Beliau hanya 20 mata dibelakang pelumba Thai Na Dol Vatanatham yang mengumpul 105 mata.

Prestasi dan keputusan perlumbaan kedua-dua pelumba hampir sama namun Vatanatham mempunyai
kelebihan satu kemenangan manakala Hayden gagal memperolehi sebarang mata selepas Honda Brio
yang dipandunya mengalami masalah teknikal di pusingan kedua kejuaraan tersebut.

“Dari segi kiraan mata saya mempunyai peluang yang baik untuk bersaing memenangi kejuaraan
keseluruhan Thailand Super Eco tetapi ini bukanlah sesuatu yang mudah, lebih-lebih lagi berdepan
dengan saingan yang begitu hebat. Saya akan menumpukan fokus sepenuhnya kepada kedua-dua perlumbaan hujung minggu ini,”

kata Hayden yang berazam membawa balik kejuaraan keseluruhan namun mengakui akan tetap berpuas hati sekiranya habis ditempat kedua memandangkan ini kali pertama beliau bersaing di perlumbaan antarabangsa.

Dua pusingan terakhir perlumbaan Thailand Super Eco melibatkan dua perlumbaan berasingan sebanyak
12 pusingan pada hari Sabtu dan Ahad (10 dan 11 Disember). Seramai 23 pelumba akan bersaing dan
Hayden merupakan satu-satunya wakil pelumba asing yang menyertai. Walaupun berlumba di Thailand untuk kali pertama, prestasi Hayden begitu menyerlah apabila beliau secara konsisten menghabiskan setiap perlumbaan di tiga tempat teratas. Perlumbaan Thailand Super Eco diadakan di litar jalan raya khas Bangsaen dan juga di Litar Antarabangsa Buriram Chang.

Berbekalkan pengalaman lima tahun berlumba di kejuaraan Vios Challenge di Malaysia, Hayden
bagaimanapun tidak gentar apabila beliau memenangi tempat kedua pada perlumbaan pertama beliau
di litar jalan raya Bangsaen pada bulan Jun. Secara keseluruhan tahun ini turut membawa banyak kejayaan kepada Hayden yang turut bergelar juara keseluruhan kategori Super Sporting bagi pelumba-pelumba profesional di dalam Kejuaraan Vios Challenge, dan baru-baru ini menghabiskan perlumbaan Sepang 1000KM di tempat kedua keseluruhan.

“Saya tidak sangka yang saya akan berada diposisi untuk bersaing untuk kejuaraan keseluruhan Thailand Super Eco. Tujuan asal saya berlumba di Thailand adalah sekadar mencari pengalaman yang dapat saya gunakan untuk terus berkembang sebagai seorang pelumba.

Pelumba muda Negara, Hayden Haikal.

Saksikan perlumbaan yang akan disiarkan secara langsung di laman Facebook dan Youtube Thailand Super Series atau di laman web www.thailandsuperseries.net.

Jadual Perlumbaan THAILAND SUPER ECO (Waktu Malaysia)
Sabtu, 10 Disember 2022 2.30 pm – 3.00 pm
Ahad, 11 Disember 2022 9.55 am – 10.25 am