DERUMAN KERETA LUMBA RALLY KEMBALI MENGAUM

Tanggal 16 Disember 2023 telah berlangsungnya perlancaran rasmi acara sukan lumba rally Malaysia International Rally Championship (MIRC) di Semenyih Eco-Ventures Resort & Recreation. Penganjuran sukan lumba rally ini bakal diadakan dalam bentuk karnival dan akan berlangsung pada 8-10 Mac 2024 di Felda Panching, Pahang.

Penganjuran MIRC ini akan dianjurkan oleh Millennium Motorsport Adventure Club (MMAC) dengan kerjasama Semenyih Eco-Ventures Resort & Recreation dan beberapa rakan strategik dari Parlimen Paya Besar, Majlis Bandaraya Kuantan, Kerajaan Negeri Pahang serta Pahang Corporation, Motorsports Association of Malaysia (MAM) dan juga Kementerian Belia & Sukan Malaysia (KBS).

Pengarah Acara, Dato’ Mohamad Khafey Ikhwan Bin Abdul Latif berkata, “Penganjuran MIRC ini bakal disertai oleh pelumba-pelumba rally dari luar negara antaranya China, Thailand dan Indonesia. Malah pelumba-pelumba rally tempatan juga menantikan acara berprestij ini untuk memberikan saingan disamping memaparkan kehebatan acara perlumbaan rally ini.”

Manakala Presiden MMAC, Hj Sutan Mustaffa Salihin menzahirkan rasa syukur dan gembira atas penganjuran sukan lumba rally ini setelah hampir 5 tahun kancah sukan rally sepi dari sebarang acara. “The Best Rally Tradition Is Back” menjadi tagline bagi acara ini menurut Hj Sutan.

Penganjuran sukan lumba rally ini bakal melalui 1 Super Special Stage sejauh 2km sebagai acara permulaan rasmi dan diikuti 19 Special Stage dimana pelumba akan meredah laluan di SS1 (Felda Panching Utara) SS2 (Felda Panching Selatan) dan SS3 (Felda Panching Timur)

Penganjuran rally berstatus antarabangsa ini juga bakal menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah hampir RM30,000 termasuk sebuah motorsikal. Disamping itu jumlah tersebut belum termasuk hadiah sampingan lain yang bakal diumumkan kemudian. Pihak penganjur juga berbesar hati membuka peluang untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak swasta dan korporat yang berminat dalam bentuk rakan penaja atau rakan strategik.

www.beritalitar.com