TKKR UNGGUL DI LITAR SEPANG

TKKR UNGGUL DI LITAR SEPANG

Kejohanan FIM Idemitsu Asia Road Racing Pusingan 2 yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang hari ini menyaksikan penguasaan Pasukan ONEXOX BMW TKKR dalam kategori ASB1000.

Pelumba ONEXOX BMW TKKR Markus Reiterberger (Jerman) yang menduduki grid pertama perlumbaan semasa ujian kelayakan beraksi dengan keyakinan yang tinggi. Sebaik perlumbaan bermula, Zaqhwan Zaidi dari Pasukan HONDA ASIA DREAM-RACING WITH SHOWA yang bermula di grid ke 3 pantas memintas untuk mendahului perlumbaan sebaik memasuki selekoh pertama, namun Markus memintas semula apabila memasuki selekoh ke 3. Markus terus unggul memimpin perlumbaan.

Markus dengan gaya tunggangan yang begitu meyakinkan terus mengepalai perlumbaan sedang perebutan tempat kedua dan ketiga sentiasa bertukar pelumba antara Zaqhwan, Kasma, Andi, Azlan dan Haruki serta Passawit. Azlan Shah Kamaruzaman (ONEXOX BMW TKKR) yang sentiasa mengintai peluang berjaya mendapatkan peluang apabila di pusingan terakhir perlumbaan sewaktu memasuki selekoh ke 14, Azlan terus memacu jenteranya untuk memintas Zaqhwan hingga ke tamat perlumbaan

Keputusan keseluruhan perlumbaan pertama katogeri ASB1000 ini menyaksikan podium 1 dan 2 untuk Pasukan ONEXOX BMW TKKR melalui Markus dan Azlan Shah Kamaruzaman manakala podium ke 3 dimiliki oleh Zaqhwan Zaidi dari Pasukan HONDA ASIA DREAM-RACING WITH SHOWA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *