CP150 | Amaran Akid Aziz di Pusingan 1 PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix Musim 2024 | Bandar Jasin Bestari

CP150 | Amaran Akid Aziz di Pusingan 1 PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix Musim 2024 | Bandar Jasin Bestari

Akid Aziz dari Pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing telah menjuarai Pusingan 1 PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix Musim 2024 yang telah berlangsung di Bandar Jasin Bestari, Melaka. Kemenangan ini seolah memberikan amaran awal kepada pelumba-pelumba lain yang bersaing dalam merebut kejuaraan CP150 katogeri perdana ini.

Perlumbaan yang berlangsung dalam keadaan litar basah ini seolah tidak dapat menyekat kemaraan Akid dalam mengejar podium juara. Akid yang bermula digrid pertama perlumbaan terus meluru ke hadapan sebaik sahaja perlumbaan bermula dan terus memimpin perlumbaan hingga tamat.

Cabaran dan asakan yang diberikan oleh Nazirul Izat dari Pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor di kedudukan kedua dan juga Azroy Hakeem Anuar dari Pasukan Honda Yuzy Estremo di kedudukan ke tiga dalam usaha merapatkan jurang perlumbaan. Namun di lap perlumbaan 12, Azroy berjaya memintas Nazirul untuk menduduki kedudukan ke dua. Berbaki 4 lap perlumbaan jentera Nazirul mengalami masalah teknikal dan segera dipintas oleh Ahmad Afif Amran untuk menduduki kedudukan ke 3. Manakala Kasma juga kecewa setelah jenteranya mengalami masalah dan tidak dapat meneruskan perlumbaan.

PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix Musim 2024
Keputusan CP 150 Pusingan 1 | Bandar Jasin Bestari, Melaka

  1. Md Akid Aziz – PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing
  2. Azroy Hakeem Anuar – Honda Yuzy Estremo
  3. Ahmad Afif Amran – PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing

Sumber Berita : Malaysian Cubprix
Suntingan Berita : Berita Litar

www.beritalitar.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *