CP 125 | Pasukan Jetron Yamaha YYPang Racing Kuasai Podium 1 dan 2

CP 125 | Pasukan Jetron Yamaha YYPang Racing Kuasai Podium 1 dan 2

Kategori CP 125 pula menyaksikan penguasaan dari pasukan Jetron Yamaha YYPang Racing apabila dua pelumbanya menaiki podium 1 dan 2 iaitu Md Khairi Ashraf dan Md Fareez Afeez. Dan lebih manis lagi, kemenangan ini juga merupakan kemenangan pertama Khairi di halaman sendiri apabila berjaya mengekalkan daya saing lumba yang jitu.

Sebaik perlumbaan bermula Khairi yang berada di grid pertama perlumbaan, terus meluru ke hadapan untuk kedudukan pertama diikuti oleh Fareez. Saingan yang sengit di kelompok hadapan terutama perebutan kedudukan ke 3 menyaksikan pelumba saling bertukar tempat antara Amirul Arif, Adie, Syukran dan juga Hafiza Rofa.

Duo sepasukan Khairi dan Fareez terus mengekalkan momentum dan cuba mengelakkan dari berlakunya sebarang kesilapan untuk kekal dihadapan. Percubaan Syukran Aizat untuk merapatkan jarak untuk memintas tidak kesampaian apabila terpaksa berpuas hati di kedudukan ke 3 sehingga tamat perlumbaan.

Keputusan CP 125 | Pusingan 8 Bandar Medini Iskandar Puteri, Johor

  1. Md Khairi Ashraf – Pasukan Jetron Yamaha YYPang Racing
  2. Md Fareez Afeez – Pasukan Jetron Yamaha YYPang Racing
  3. Ahmad Syukran Aizat – Tekhne Yamaha

Sumber Berita : Malaysian Cubprix
Suntingan Berita : Berita Litar
Gambar : Berita Litar

www.beritalitar.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *