CP 150 | AKID JUARAI PUSINGAN KE 8 KEJUARAAN PETRONAS MALAYSIAN CUBPRIX

CP 150 | AKID JUARAI PUSINGAN KE 8 KEJUARAAN PETRONAS MALAYSIAN CUBPRIX

Pelumbaan akhir Pusingan ke 8, Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix yang berlangsung di Litar Bandar Medini Iskandar Puteri Johor telah menyaksikan Md Akid Aziz dari pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing menjadi juara pertama di litar baharu ini

Akid Aziz yang memulakan perlumbaan dari petak grid pertama diikuti oleh Azroy Hakeem di petak grid kedua dan Afif Amran di petak grid ketiga. Sebaik perlumbaan bermula, Akid terus meluru menempatkan diri di kedudukan pertama diikuti oleh Azroy kedua dan Iqbal ketiga. Manakala nasib malang buat Afif Amran yang berada di grid ke 4 gagal meneruskan perlumbaan kerana menghadapi masalah pada jentera lumba beliau.

Perlumbaan yang agak sengit di kategori CP 150 ini, menyaksikan jurang kedudukan antara pelumba agak rapat dan saling mencuba untuk memintas satu sama lain. Pada lap perlumbaan ke 7, Iqbal berjaya memintas Azroy untuk kedudukan ke 2. Sementara itu perebutan kedudukan ke 4 pula lebih sengit antara Helmy, Kasma dan juga Nazirul dimana tekanan yang diberikan oleh Helmy keatas Kasma gagal memberikan impak sebaliknya Nazirul pula menempatkan diri di kedudukan ke 5 apabila berjaya memintas Helmy di lap ke 5.

Pada baki 10 lap terakhir, perebutan di kelompok pertama menjadi lebih menarik apabila Azroy kembali memintas Iqbal di lap ke 14 dan meneruskan tekanan kepada Akid untuk merapatkan jurang kedudukan dalam memburu kedudukan pertama. Namun pengekalan momentum dari Akid menafikan hasrat Azroy, dan Akid terus meluru ke garisan penamat untuk bergelar juara sulung di Litar Bandar Medini Iskandar Puteri ini.

Keputusan CP 150 Pusingan 8 Bandar Medini Iskandar Puteri, Johor

  1. Md Akid Aziz – PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing
  2. Azroy Hakeem Anuar – Honda Yuzy Estremo
  3. Md Iqbal Amri – GIVI Tekhne Yamaha

Sumber Berita : Malaysian Cubprix
Suntingan Berita : Berita Litar
Gambar : Berita Litar

www.beritalitar.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *