Industri Sukan Permotoran Kembali Rancak

Industri Sukan Permotoran Kembali Rancak

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, seperti yang sedia maklom hujung minggu ini merupakan antara hujung minggu yang agak padat dengan pelbagai acara sukan permotoran. Samada 2 roda atau 4 roda, tempatan dan juga antarabangsa.

Umum mengetahui bahawa penganjuran sukan yang berprestij bakal berlangsung di Litar Mandalika Indonesia, iaitu MotoGP dan juga IATC pusingan 2 disana. Penganjuran yang julung kalinya diadakan setelah lebih 20 tahun terhenti, pastinya saudara nusantara kita disana menunggu saat yang amat istimewa ini. Gelanggang yang baru dengan persekitaran yang menarik, pastinya sesuatu yang istimewa untuk saudara kita disana menyimpan dan merakam detik-detik manis.

Namun begitu, di arena sukan permotoran tempatan kita juga tidak kurang hebatnya. Minggu lepas telah berlangsungnya Pusingan 1 Petronas Malaysian Cubprix di Litar Antarabangsa Sepang (Utara) dimana jentera Yamaha telah membolot kesemua podium katogeri dari pelbagai pasukan. Penganjuran Petronas CubPrix itu juga menyaksikan pasukan baru dalam kancah perlumbaan yang diterajui oleh pelumba negara Azlan Shah Kamaruzaman melalui AS 25 Academy Racing Team yang membawa cabaran di katogeri Wira KBS. Menampilkan 2 pelumba muda iaitu Afiq Hamdan dan juga Saidatul Zakirah untuk membawa cabaran dan hasrat Azlan untuk bersaing ke peringkat yang lebih tinggi.

Dan untuk minggu ini arena sukan permotoran tempatan juga menyajikan acara yang tidak kurang hebatnya iaitu Toyota Gazoo Racing di Litar Antarabangsa Sepang dan juga Finale MSF Supermoto di Litar Rakyat Kuala Selangor.

Bagi peminat sukan 4 roda pastinya Toyota Gazoo Racing menjadi pilihan dengan penampilan istimewa dari jagoan terkenal negara iaitu Tengku Djan Ley disamping selebriti terkenal. Memasuki musim kelima penganjuran acara ini, perlumbaan pusingan 1 ini pastinya peminat2 disajikan dengan acara perlumbaan yang hebat dan juga persembahan istimewa yang terdapat di pondok2 pameran.

Untuk sukan 2 roda pula, kemuncak musim 2022 MSF Supermoto ini pastinya amat-amat dinantikan oleh peminat untuk mengetahui siapakah yang bakal menjadi juara keseluruhan, adakah Azlan Shah Kamaruzaman ataupun Hafidz Shahrin? Kedua-duanya adalah idola sukan permotoran negara yang pernah berada dikancah perlumbaan MotoGP. Pada kemuncak musim ini juga penampilan atau penyertaan pertama pelumba Supermoto negara iaitu Khairulamirin Yahya hangat diperkatakan dan seakan cuba menyekat kemaraan 2 pelumba ini. Kita tunggu dan lihat aksi2 mereka secara langsung di Facebook Moto MSF.

Dan akhir sekali, marilah kita sama2 mendoakan agar kesemua pelumba dan pasukan dari Malaysia akan menaiki podium pada acara ARRC yang akan berlangsung minggu hadapan di Litar Buriram Thailand dan juga kejohanan Junior GP Championship yang diwakili oleh Sharifudin Azman @ Damok di bumi Sepanyol.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *