HAFIZH SYAHRIN UNGGULI PUSINGAN 3 MSF SUPERMOTO DI LITAR TANGKAK

HAFIZH SYAHRIN UNGGULI PUSINGAN 3 MSF SUPERMOTO DI LITAR TANGKAK

Pusingan 3 Kejuaraan MSF Supermoto yang berlangsung di Litar Lumba Tangkak menyaksikan penguasaan penuh bekas pelumba MotoGP Negara Hafizh Syahrin Abdullah didalam 3 perlumbaan yang berlangsung pada hari ini.

Hafizh Syahrin yang menggunakan jentera TM SMX450 mempamerkan kemahiran yang tinggi di setiap selekoh walaupun di asak hebat oleh Azlan Shah Kamuruzaman dari Pasukan Del Racing Wee Biker yang menunggang KTM SMR450. Azlan dengan gaya tunggangan sedikit berbeza pada pusingan ini ekoran dari masalah teknikal yang dihadapi oleh jenteranya tidak berputus asa untuk memberikan tindakbalas yang hebat. Acapkali cuba memintas Hafizh di selekoh, Hafizh dengan bijak menutup ruang dan kembali mara ke hadapan

Hafizh juga dinobatkan sebagai Super Rocco dimana didalam perlumbaan ini, Hafizh bertindak cemerlang dalam memacu jenteranya apabila meninggalkan pelumba lain dalam keadaan yang begitu selesa. Selain Azlan yang memberikan tentangan, Ahmad Daniel Haiqal dari pasukan KMTR AllStars yang memacu jentera Husqvarna F450 juga tidak mahu mengalah dalam memberikan tekanan kepada Hafizh.

Hafizh semasa ditemubual mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak penganjur iaitu MSF Supermotor yang berjaya menganjurkan acara sebegini dimana ianya secara tidak langsung dapat memberikan sesuatu berguna kepada semua lapisan pelumba dalam meningkatkan kemahiran tunggangan jentera perlumbaan. Disamping itu Hafizh juga mengharapkan acara seperti ini dapat menarik lebih ramai lagi pelumba yang mempunyai nama besar dimasa akan datang (mungkin dimaksudkan Zulfahmi Kamarudin dan Khairol Idham Pawi) untuk sama-sama menyertai. Dia juga berharap acara anjuran seperti ini dapat diperluaskan kesemua daerah atau negeri dengan mewujudkan litar kekal seperti di Tangkak ini untuk melahirkan lebih ramai lagi pelumba yang berkemahiran dan mampu mencipta nama diperingkat tertinggi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *