CP150 |Akid Aziz terus unggul di Pusingan 5 PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix Musim 2024 | LITAR Antarabangsa Petronas Sepang (Selatan)

Akid Aziz dari Pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing telah menjuarai Pusingan 5 PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix Musim 2024 yang telah berlangsung di Litar Antarabangsa Petronas Sepang (Litar Selatan). Kemenangan Akid Aziz pada musim 2024 ini seolah memberikan satu cabaran pada semua peluma apabila beliau berjaya berada di podium juara sebanyak 4 kali. Dan secara keseluruhannya Pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing mendominasi podium juara dari Pusingan 1 hingga ke Pusingan 5

Perlumbaan yang berlangsung dalam keadaan panas seolah tidak dapat menyekat kemaraan Akid dalam mengejar podium juara. Akid yang bermula digrid pertama perlumbaan terus meluru ke hadapan sebaik sahaja perlumbaan bermula dan terus memimpin perlumbaan hingga tamat.

Cabaran dan asakan yang diberikan oleh Azroy Hakeem Anuar dari Pasukan Honda Yuzy Estremo di kedudukan ke dua grid perlumbaan untuk merapatkan jurang perlumbaan agak sukar apabila ketinggalan sehingga 8 saat dibelakang . Manakala rakan sepasukan Akid, Ahmad Afif Amran gagal meneruskan perlumbaan apabila mengalami kerosakan enjin sewaktu memberikan saingan di pusingan ke 5 perlumbaan.

Manakala Shahrol Syazras dari Pasukan Honda Yuzy Estremo mengiringi rakan sepasukan dipentas podium dikedudukan ke 3 apabila berjaya mengenepikan hasrat Nazirul Izzat untuk menaiki podium.

PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix Musim 2024
Keputusan CP 150 Pusingan 5 | Litar Antarabangsa Petronas Sepang (Litar Selatan)

  1. Md Akid Aziz – PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing
  2. Azroy Hakeem Anuar – Honda Yuzy Estremo
  3. Shahrol Syazras Shahrol Yuzy – Honda Yuzy Estremo

Sumber Berita : Malaysian Cubprix
Suntingan Berita : Berita Litar

www.beritalitar.com