KBS Rally Sprint 2025: Keseronokan, Legasi & Rally ‘Mesra Poket’

MAEPS, Serdang menjadi saksi kepada kemuncak musim KBS Rally Sprint 2025, anjuran X-One Motorsports Club, dengan lebih 20 kereta rally bersaing di atas litar asfalt, mencipta suasana penuh debaran dan memikat hati peminat motorsport.

Format Inklusif
Edisi kali ini memperkenalkan format pemanduan permukaan rata, membuka penyertaan kepada pemandu dari pelbagai disiplin – drift, gymkhana, dan litar. Hasilnya, perlumbaan menjadi lebih inklusif, mesra penonton, dan menarik minat semua peminat rally.

Kepelbagaian Kereta: Dari Klasik ke Moden
Daripada Toyota KE70 klasik, Axia ‘Pekak’, Kelisa Standart Kilang, Suzuki Swift Sukan, hinggalah kereta ikon rally Subaru Impreza WRX STI, menunjukkan tarikan acara ini yang luas. Kepelbagaian ini mengukuhkan KBS Rally Sprint sebagai platform yang selamat, praktikal, dan mampu milik untuk pemandu baru mahupun berpengalaman.

Sorotan Penuh Drama
Peminat teruja dengan penyertaan pemandu berpengalaman Saladin Mazlan & Arish Qutb menggunakan Subaru Impreza GC8, malangnya mereka tidak dapat menamatkan perlumbaan akibat masalah mekanikal – membuktikan rally bukan sahaja tentang kelajuan dan kemahiran memandu, tetapi juga ketahanan kereta

Legasi keluarga turut menjadi perhatian. Ibrahim Saladin, anak kepada Saladin Mazlan, bergandingan dengan Shazwan Akif meneruskan legasi bapa mereka. Begitu juga dengan Shanice Dana Udhaya & Mark Levon Gregory, mewakili generasi baru MRU Motorsport dalam kategori Junior & Wanita.

Kembalinya Wan Mohammad Nasir dengan Toyota KE70 Corolla menunjukkan usia bukan halangan untuk bertanding. Pendekatannya, “Driving a slow car fast”, menyerlahkan keseronokan memandu kereta klasik secara kompetitif dan membuktikan sesiapa sahaja dapat mencuba sukan rally.

Alhamdulillah rezeki saya dapat sahabat² yang sudi bantu dan support saya. My main goal is nak promote rally so orang² baru masuk & tak perlu belanja besar tapi tetap enjoy rally macam Works Team yang budget puluhan ribu..

Kalau dapat sorang dua dapat ikut macam saya buat pun dah happy sangat. Saya spend tak sampai RM6k termasuk kereta untuk dapat a complete rally car. Harga turbo kereta Saladin sebijik pun dah lebih kut …!!😄 – Wan Achey.

Keputusan Akhir Keseluruhan
1️⃣ Tempat Pertama: Mitch Chong & Muhammad Fazli Ishak – Proton Satria 2WD
2️⃣ Tempat Kedua: Haji Sutan Mustafa Salihin & Haji Kamarul Anuar – Subaru Impreza WRX
3️⃣ Tempat Ketiga: Faidzal Alang & Zamri Muhamat – Mitsubishi Lancer Evo

Lebih Dari Sekadar Perlumbaan
Dengan penyertaan yang pelbagai, sokongan rasmi daripada badan pentadbir sukan, serta format perlumbaan yang lebih mesra peminat, KBS Rally Sprint 2025 menutup musim dengan isyarat positif terhadap perkembangan rali Malaysia untuk diklasifikasikan dalam sukan arus perdana.

Platform ini bukan sekadar perlumbaan — ia merupakan arena pengembangan bakat, kesinambungan legasi, dan tontonan kompetitif untuk peminat sukan permotoran tempatan.

ARRC 2025 : DAMOK KUASAI SS600 PERLUMBAAN 1

Pusingan 5 Kejuaraan Asia Road Racing IDEMITSU FIM 2025 (SS600) di Litar Antarabangsa Sepang menyaksikan kemenangan bermakna pelumba tuan rumah, Damok @ Muhammad Syarifuddin Azman (IDEMITSU Honda Racing Malaysia) selepas aksi penuh drama dalam cuaca ekstrem.

Kasma Daniel Kasmayudin (Hong Leong Yamaha Racing) yang mendominasi awal perlumbaan dan mencatat lap terpantas 2’10.307s. Namun, strategi Damok yang menyimpan tayar menjadi faktor penentu apabila mula memintas pada Lap 8 dan membuka jurang.

Di saat akhir, Anupab Sarmoon (Yamaha Thailand Racing Team) melakukan aksi agresif di selekoh terakhir untuk merampas tempat ketiga, meninggalkan Muhammad Helmi Azman di belakang.

Syarifuddin berkata kemenangan ini lebih istimewa kerana sokongan keluarga, terutama isterinya yang menjadi kekuatan utama.

Keputusan 5 Terpantas – Race 1 (SS600)

Muhammad Syarifuddin Azman – 21’57.501s

Kasma Daniel Kasmayudin – 21’59.192s

Anupab Sarmoon – 22’04.769s

Muhammad Helmi Azman – 22’04.882s

Herjun Atna Firdaus – 22’08.097s

PERLUMBAAN 2 ASIA ROAD RACING CHAMPIONSHIP PUSINGAN 5 : YUKI KUNII TERUS GAH DI LITAR PETRONAS ANTARABANGSA SEPANG

Yuki Kuni terus gah di podium juara dalam katogeri perdana ASB1000 apabila sekali lagi mencatatkan kemenangan kedua berturut-turut. Kemenangan kedua ini juga sekaligus menafikan hasrat pelumba negara Hafizh Syahri (JDT Racing Team) sekali lagi untuk mencetak nama di podium juara.

Yuki mula menguasai kedudukan pertama apabila berjaya memintas Nakarin Atiratphuvapat (Honda Asia-Dream Racing with Astemo) dikedudukan kedua dan pendahulu perlumbaan Hafizh Syahrin (JDT Racing Team) lap perlumbaan ketiga. Tanpa menoleh ke belakang, Yuki terus memimpin perlumbaan sehingga tamat.

Menemani Yuki di podium adalah Nakarin Atiratphuvapat (Honda Asia-Dream Racing with Astemo) dikedudukan ke 2 manakala Hafizh Syahrin (JDT Racing Team) dikedudukan ke 3

Sementara itu bagi katogeri SS600 pula, Azroy Hakeem Anuar (IDEMITSU Boon Siew Honda Racing Team) berjaya podium juara dan sekaligus lagu kebangsaan Negaraku berkumandang selepas Helmi Azman (IDEMITSU Boon Siew Honda Racing Team) melakukannya pada perlumbaan pertama.

Pelumba negara jiran tetangga kita Indonesia iaitu Mohammad Adenanta Putra (ASTRA HONDA RACING TEAM) dan rakan sepasukannya Veda Ega Pratama mengiringi Azroy dikedudukan kedua dan ketiga

Katogeri AP250 pula, menyaksikan saingan yang agak sengit seperti perlumbaan pertama apabila Muhammad Faerozi Toreqottullah (YAMAHA Racing Indonesia) berjaya menafikan hasrat pelumba Jepun Aiki Iyoshi (Motul Sniper Manual Tech) untuk berada dipodium juara. Aiki terpaksa berpuas hati pada kedudukan ke 2, manakala tempat ke 3 pula dihuni oleh pelumba Vietnam iaitu Cao Viet Nam (Honda Racing Vietnam Team)

Dalam katogeri UB150, lagu Negaraku berkumandang sekali lagi apabila pelumba negara Ahmad Fazrul Sham (CARDINALS FACTORY RACING TEAM ARRC) berjaya menidakkan hasrat pelumba Indonesia Adytya Fauzi (RACETECH SIXTY Racing Team) untuk menaiki podium juara. Adytya akur pada kedudukan ke 2 dan Nazirul Izzat Md Bahauddin (UMA Racing YAMAHA Maju Motor Asia Team) pelumba negara dikedudukan ke 3.

TVS Asia One Make Championship pula podium juara dinaiki oleh pelumba Jerman Rocco Sessler manakala pelumba Thailand ke 2 iaitu Vorapong Malahuan dan pelumba India Sarthak Chavan ke 3.

CP150 | CKJ Terus Unggul diPusingan 7 PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix Musim 2024 | LITAR Lumba Tangkak

Akid Aziz dari Pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing telah menjuarai Pusingan 7 PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix Musim 2024 yang telah berlangsung di Litar Lumba Tangkak. Kemenangan Akid Aziz ini lebih manis lagi apabila turut ditemani oleh rakan sepasukan Ahmad Afif Amran yang menduduki tempat kedua.

Perlumbaan akhir yang berlangsung hari ini menyaksikan perlumbaan yang agak sengit apabila permulaan perlumbaan menyaksikan Kasma dan Syazras terus meluru ke hadapan untuk memimpin perlumbaan. Namun pada lap perlumbaan ke tiga Akid berjaya memintas Syazras dan Kasma dan terus memimpin perlumbaan hingga tamat perlumbaan.

Cabaran dan asakan terus yang diberikan oleh Syazras dan Kasma terhadap Akid, namun Akid terus menjarakkan diri dengan agak selesa, manakala rakan sepasukan Afif pula yang sentiasa mengintai peluang berjaya memintas Syazras di selekoh terakhir sebelom garisan penamat

Akhirnya Syazras berjaya menuduk podium dikedudukan ke 3 apabila berjaya mengenepikan hasrat Kasma untuk menaiki podium.

PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix Musim 2024
Keputusan CP 150 Pusingan 7 | Litar Lumba Tangkak

  1. Md Akid Aziz – PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing
  2. Ahmad Afif Amran – PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing
  3. Shahrol Syazras Shahrol Yuzy – Honda Yuzy Estremo

Sumber Berita : Malaysian Cubprix
Suntingan Berita : Berita Litar

www.beritalitar.com

MEMPROMOSIKAN MALAYSIA KE MATA DUNIA

17hb Ogos 2024, Hard Rock Cafe, Ipoh – Majlis Pelancaran RIMBA RAID LENGGONG 2024. Perlumbaan “off-road” tahunan bagi motosikal pengembaraan berkuasa besar dan motosikal “dual-purpose” ini akan menjadi edisi ke-9 sejak edisi pertamanya 2015. Majlis pelancaran ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Bin Haji Nasarah.

Rimba Raid Taman Negara 2023 telah berjaya menarik 279 peserta daripada 24 negara, 33 penaja dan 20 jenama pengeluar.

Bukan sekadar perlumbaan,  Rimba Raid bermatlamat untuk mempromosikan Malaysia ke mata dunia dengan menyajikan keindahan sungai yang merentasi laluan, hutan purba sekitarnya, puncak gunung yang berbumbungkan awan serta kepelbagaian flora dan fauna. Warisan Arkeologi Lembah Lenggong, hutan hujan simpan yang berusia 130 juta tahun,  telah dipilih tahun ini bersesuaian dengan kepelbagaian bentuk muka buminya.

RIMBA RAID LENGGONG 2024 akan diadakan dari 25 September hingga 29 September 2024 berpusat di Tasik Raban, Lenggong, Perak. Semua peserta akan bersaing menakluki laluan “off-road” sepanjang lebih 300 kilometer. Antara halangan yang bakal ditempuh ialah “Lurah Sumpah”, “Slope of Hope” dan “Gate of Despair”.

CP150 |Akid Aziz terus unggul di Pusingan 5 PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix Musim 2024 | LITAR Antarabangsa Petronas Sepang (Selatan)

Akid Aziz dari Pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing telah menjuarai Pusingan 5 PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix Musim 2024 yang telah berlangsung di Litar Antarabangsa Petronas Sepang (Litar Selatan). Kemenangan Akid Aziz pada musim 2024 ini seolah memberikan satu cabaran pada semua peluma apabila beliau berjaya berada di podium juara sebanyak 4 kali. Dan secara keseluruhannya Pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing mendominasi podium juara dari Pusingan 1 hingga ke Pusingan 5

Perlumbaan yang berlangsung dalam keadaan panas seolah tidak dapat menyekat kemaraan Akid dalam mengejar podium juara. Akid yang bermula digrid pertama perlumbaan terus meluru ke hadapan sebaik sahaja perlumbaan bermula dan terus memimpin perlumbaan hingga tamat.

Cabaran dan asakan yang diberikan oleh Azroy Hakeem Anuar dari Pasukan Honda Yuzy Estremo di kedudukan ke dua grid perlumbaan untuk merapatkan jurang perlumbaan agak sukar apabila ketinggalan sehingga 8 saat dibelakang . Manakala rakan sepasukan Akid, Ahmad Afif Amran gagal meneruskan perlumbaan apabila mengalami kerosakan enjin sewaktu memberikan saingan di pusingan ke 5 perlumbaan.

Manakala Shahrol Syazras dari Pasukan Honda Yuzy Estremo mengiringi rakan sepasukan dipentas podium dikedudukan ke 3 apabila berjaya mengenepikan hasrat Nazirul Izzat untuk menaiki podium.

PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix Musim 2024
Keputusan CP 150 Pusingan 5 | Litar Antarabangsa Petronas Sepang (Litar Selatan)

  1. Md Akid Aziz – PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing
  2. Azroy Hakeem Anuar – Honda Yuzy Estremo
  3. Shahrol Syazras Shahrol Yuzy – Honda Yuzy Estremo

Sumber Berita : Malaysian Cubprix
Suntingan Berita : Berita Litar

www.beritalitar.com