Haruki Noguchi Cetak Juara ASB1000 di Perlumbaan Kedua ARRC 2022 Pusingan 2

Haruki Noguchi (Pasukan SDG Motorsports HARC-PRO Ph) mencetak nama selaku juara ASB1000 pada perlumbaan ke 2 apabila menafikan keunggulan Kasma (YAMAHA GEN BLU Racing Team ASEAN) yang menjuarai pada perlumbaan pertama. Haruki yang gagah dengan merebut pendahulu kedudukan seawal perlumbaan bermula.

Mengiringi Haruki, pelumba negara Zaqhwan Zaidi (Pasukan Honda Asia-Dream with Showa) menduduki tangga kedua manakala Adam Norrodin (ONEXOX BMW TKKR TEAM). Juara perlumbaan pertama semalam, Kasma Danial pula berpuas hati ditangga ke 4 walaupun cuba memberikan asakan dan tentangan yang jitu.

Sementara itu katogeri SS600 pula menyaksikan penguasaan jentera Honda di atas podium, dimana Helmi Azman (Pasukan Boon Siew HONDA Racing) mengungguli perlumbaan kedua ini, diikuti oleh Andi Farid Idzihar (ASTRA HONDA Racing) kedua dan Khairul Idham Pawi (Pasukan Boon Siew HONDA Racing) ditempat ketiga. Bagi Azroy Hakeem Anuar pula, mengalami kemalangan seawal perlumbaan bermula di selekoh pertama, walaubagaimanapun beliau bangkit untuk memberikan saingan dan berjaya menamatkan perlumbaan.

Dalam kategori AP250 pula, Andy Muhammad Fadly (Pasukan Motul Sniper Tech Racing) mencatakan kemenangan berganda apabila sekali lagi menjadi juara diikuti oleh Aiki Iyoshi (Pasukan Motul Sniper Tech Racing) ke dua memperbaiki keputusan semalam, manakala Rheza Danica Ahrens (Pasukan ASTRA Honda Racing) sekadar berpuas hati di tangga ke tiga.

Katogeri UB150 pula menyaksikan Nazirul Izzat Md Bahauddin (Pasukan UMA Racing YAMAHA Maju Motor Asia Team) mencatat nama sebagai juara apabila menepikan hasrat pelumba cilik negara tetangga Indonesia Kiandra Ramadhipa (SCK HONDA Racing) yang berusia 12 tahun di tempat kedua manakala tempat ketiga pula pelumba Philiphina John Emerson Inguito (Pasukan 4S1M YAMAHA Racing).

“Kejuaraan TVS Asia One Make Race pula menyaksikan Lagu Negaraku berkumandang apabila Muhamad Fitri Ashraf berjaya menduduki podium pertama diikuti oleh Decky Tiarno Aldy (Indonesia) kedua dan Vorapong Malahuan (Thailand) ke tiga.

Kasma Buktikan Keunggulan Di ARRC Pusingan 2 Perlumbaan 1

Bermula baik di petak pertama perlumbaan, Kasma (YAMAHA GEN BLU Racing Team ASEAN) seolah kehilangan rentak di awal perlumbaan apabila kedudukannya di ragut oleh Haruki Noguchi (Pasukan SDG Motorsports HARC-PRO Ph) yang di ekori rapat Zaqhwan Zaidi (Pasukan Honda Asia-Dream with Showa) sebaik sahaja perlumbaan bermula.

Namun demikian, Kasma memberikan asakan kepada 2 pelumba ini sedari pusingan awal untuk memintas namun sering ditutup. Bagaimanapun pada pusingan ke 8 Kasma berjaya memintas Haruki dan Zaqhwan untuk terus berada dihadapan sehingga tamat perlumbaan bagi katogeri ASB1000.

Dalam katogeri SS600 pula, 3 pelumba negara iaitu Ibrahim Norrodin (SIC Racing) selaku juara berjaya mengenepikan bekas pelumba Moto3 negara Khairul Idham Pawi (Pasukan Boon Siew HONDA Racing) dan rakan sepasukan Azroy Hakeem Anuar. Perlumbaan yang sengit seawal perlumbaan bermula dengan kedudukan pendahulu yang berubah-ubah dari setiap pusingan, Ibrahim berjaya membuktikan ketangkasan beliau untuk mengatasi pesaingnya.

Katogeri AP250 pula menyaksikan penguasaan pelumba dari negara tetangga Indonesia apabila Andy Muhammad Fadly (Pasukan Motul Sniper Tech Racing) selaku juara serta rakan senegara Rheza Danica Ahrens (Pasukan ASTRA Honda Racing) ditempat kedua manakala pelumba Jepun Aiki Iyoshi (Pasukan Motul Sniper Tech Racing) ke tiga

UB150 pula menyaksikan kemenangan 1-2 Pasukan ONEXOX TKKR Racing dimana Hafiza Rofa pelumba negara membuktikan keupayaan beliau untuk bergelar juara manakala rakan sepasukan Wahyu AjiTrilaksana dari Indonesia ditempat ke 2 manakala Gupita Kresna (Indonesia : Pasukan 4S1M Racing) di tempat ke 3

Buat julung kalinya Kejuaraan TVS Asia One Make Race dipertandingkan di Litar Sepang, Pelumba Thailand Verapong Malahuan menjadi juara manakala pelumba Indonesia Decky Tiarno Aidy ke 2 dan pelumba Australia Varis Felix Fleming ke 3

Sumber Berita : ARRC
Suntingan Berita : Berita Litar
Gambar : Razif Sangit



#ARRC #asiapower

YAMAHA BOLOT LAGI KEMENANGAN DI LITAR TANGKAK PUSINGAN 2

Ahmad Afif Amran membawa keceriaan kepada pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing sekali lagi apabila beliau menyambar kedudukan pertama di podium bagi pusingan kedua, Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix, 2022.

Bermula di petak kedua, pelumba jentera Yamaha ini telah tampil dengan persembahan yang mantap apabila beliau memintas pesaingnya Md Haziq Md Fairues di saat-saat terakhir perlumbaan kategory CP150 ini.

Afif yang mendahului perlumbaan tersebut untuk dua lap pertama dipintas oleh Haziq yang kemudiannya menguasai litar sepanjang perlumbaan. Namun begitu, Afif mengukuhkan strateginya pada lap terakhir dan memintas Haziq di selekoh terakhir sebelum menamatkan perlumbaan dengan catatan masa terpantas 14’36:498s.

Haziq dari pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor mengambil tempat kedua dengan catatan masa 14’36:653s dan diikuti oleh rakan sepasukannya Nazirul Izzat Md Bahauddin dengan catatan masa 14’42:303s.

Sementara itu, bagi kategory CP125, pasukan ONEXOX TKKR Racing meraihkan kemenangan berganda sekali lagi apabila duo pasukan mereka menyambar kedudukan pertama dan kedua di podium.

Md Hafiza Rofa dan Md Shafiz Rasol sekali lagi mengharumkan nama pasukan mereka apabila mereka menghabiskan perlumbaan dengan catatan masa 11’43:329s dan 11’44:012s masing-masing.

Tempat kedua dan ketiga pula di ambil oleh Md Aliff Danial Md Asri dari pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor dan Md Harith Farhan Baharin dari pasukan Tobaki Pink Racing Team dengan catatan masa 11’44:012s dan 11’45:596s masing-masing.

Pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha – 31 Racing sekali lagi mengukuhkan kedudukannya bagi kategorI Wira KBS apabila mereka menyapu ketiga-tiga tempat di podium.

CP150 : Keputusan Pusingan 1

Ahmad Afif Amran, PETRONAS SPRINTA YAMAHA – CKJ RACING, 14:36.498

Md Haziq Md Fairues, PETRONAS SPRINTA YAMAHA MAJU MOTOR, 14:36.653

Nazirul Izzat Md Bahauddin, PETRONAS SPRINTA YAMAHA MAJU MOTOR, 14:42.303

CP125 : Keputusan Pusingan 2

Md Hafiza Rofa, ONEXOX TKKR RACING TEAM, 11:43.329

Md Aliff Danial Md Asri, PETRONAS SPRINTA YAMAHA MAJU MOTOR, 11:44.012

Md Harith Farhan Baharin, TOBAKI PINK RACING TEAM, 11:45.596


Wira KBS : Keputusan Pusingan 2

Md Syamil Amsyar Md Iffende, PETRONAS SPRINTA YAMAHA – 31 RACING, 8:43.929

Md Danish Aiman Zamrul, PETRONAS SPRINTA YAMAHA – 31 RACING, 8:44.224

Md Adam Haikal Jahar, PETRONAS SPRINTA YAMAHA – 31 RACING, 8:44.442