ARRC PUSINGAN 1 : NEGARAKU BERKUMANDANG JALUR GEMILANG BERKIBARAN MEGAH DIBUMI GAJAH PUTIH

ARRC PUSINGAN 1 : NEGARAKU BERKUMANDANG JALUR GEMILANG BERKIBARAN MEGAH DIBUMI GAJAH PUTIH

Pelumba Malaysia Zaqhwan Zai #21 dari Pasukan Honda Asia-Dream with Showa gah di persada podium kategori ASB1000 perlumbaan 1 apabila menafikan taktikal yang dimainkan oleh pelumba Thailand Anupab Sarmoon (Pasukan Yamaha Thailand Racing) dan pelumba Jepun Haruki Noguchi (Pasukan SDG Motorsports HARC-PRO Ph). Mencatatkan masa kemenangan pada 21:04.947s, dengan mengekal pada kelajuan yang maksima sepanjang 11 pusingan perlumbaan.

Cabaran Zaqhwan dalam mengharungi perlumbaan kali ini adalah dengan berdepan cuaca panas dan juga untuk mengekalkan momentum kelajuan di samping memahami taktikal lawan setelah 2 tahun tidak berlumba di saingan ini.

Pada perlumbaan ke 2, Zaqhwan meraih tempat kedua apabila taktikal yang dibawakan kali ini dinafikan oleh pelumba Thailand Apiwath Wangthananon (Pasukan Yamaha Thailand Racing) dan rakan sepasukan Apiwath iaitu Anupab Sarmoon menduduki tempat ke 3. Walaubagaimanapun, catatan masa Zaqhwan bagi perlumbaan kedua ini ada lebih baik dari perlumbaan pertama iaitu 21:02.704s. Secara keseluruhan Zaqhwan masih mendahulu lain2 pelumba dai segi pungutan mata

Perlumbaan pertama bagi kategori SS600 pula pelumba Indonesia mengungguli perlumbaan ini iaitu Andi Farid Idihar (Pasukan Astra Honda Racing) dengan menidakkan keupayaan 2 pelumba negara Helmi Azman (Boon Siew HONDA Racing) di tempat kedua dan Ibrahim Norrodin (SIC Racing) tempat ketiga.

Dalam perlumbaan ke2 SS600 pula, Helmi Azman (Boon Siew HONDA Racing) pula mengharumkan nama Malaysia apabila menjulang trofi juara dengan meninggalkan pelumba Indonesia Nakarin Atiraphuvapat (HONDA Racing Thailand) di tempat kedua dan Ibrahim Norrodin (SIC Racing) di tempat 3. Namun begitu, catatan masa yang lebih pantas dicatatkan oleh Helmi di perlumbaan ke2 ini dengan catatan 19:59.528s

Bagi kategori UB150 pula, perlumbaan pertama Mohd Izzat Zaidi (Malaysia | Pitsbike JRT OneWay) mengungguli perlumbaan pertama ini dengan catatan masa 16:43.348s meninggalkan pelumba Indonesia Yordan Badaru (Pasukan LFN HP969 Indonesia Racing) 16:43.588s, persaingan yang sengit. Manakala tempat ke3 digapai oleh pelumba Indonesia Wahyu Aji Trilaksana (ONEXOX TKKR Racing)

Dalam pelumbaan ke 2 kategori UB150,pelumba Malaysia Ahmad Afif Amran (Cardinals Racing) mencuri peluang menjajah podium apabila meninggalkan Wahyu Aji (16:37.136s) di tempat 2 dengan catatan masa yang agak tipis 16:34.083s. Tempat ke3 pula dimenangi rakan senegara Wahyu iaitu Murobbil Vuthani (Pasukan LFN HP969 Indonesia Racing) dengan catatan masa 16:37.357s.

Kejuaraan ARRC Pusingan 2 seterusnya akan berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang pada 27-29 Mei 2022 nanti. Marilah kita sama-sama berdoa untuk pelumba2 dan pasukan negara mencapai kejayaan yang lebih gemilang.

Sumber Berita : TWMR
Gambar Berita : TWMR
Suntingan Berita : www.beritalitar.com

#asiapower

#ARRCRd1

#TWMR
#asiaroadracingchampionship

Leave a Reply

Your email address will not be published.