YAMAHA BOLOT KESEMUA KATEGORI DI PUSINGAN 1 PETRONAS MALAYSIA CUBPRIX

YAMAHA BOLOT KESEMUA KATEGORI DI PUSINGAN 1 PETRONAS MALAYSIA CUBPRIX

Kempen musim 2022 Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix Pusingan 1 di Litar Sepang Utara menyaksikan Pasukan Yamaha dari pelbagai katogeri dan pasukan membolot semua podium utama

Bagi katogeri CP 150 Afif Amran dari pasukan Petornas Sprinta Yamaha-CKJ Racing menjuarai pusingan 1 ini. Mengiringi podium juara, rakan sepasukan Afif, Izzat Zaidi yang baru menyertai pasukan melengkapkan kemenangan 1-2 buat pasukan. Kemenangan Afif ini juga sebagai hadiah peribadi beliau yang baru sahaja menimang cahaya mata pertama. Manakala tempat ke 3 dimenangi oleh Haziq Fairus dari Pasukan Petronas Sprinta Yamaha Maju Motor

Sementara itu, dalam kategori CP125, Mohd Hafiza Rofa dan Mohd Syafiq Rasol menghadiahkan kemenangan 1-2 kepada pasukan ONEXOX TKKR Racing .Manakala Mohd Syafiq Rosli dari pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor Racing turut megah di tempat ketiga.

Dalam kategori Wira KBS pula, pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha-31 Racing sekali lagi menyapu bersih ketiga-tiga kedudukan podium perlumbaan pusingan pertama musim 2022 menerusi Mohd Syamil Amysar Mohd Iffende, Mohd Danish Aiman Zamrul dan Mohd Adam Haikal Jahar.

Musim 2022 Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix akan berehat untuk menghormati bulan Ramadhan dan Syawal. Pusingan 2 akan berlangsung di Litar Lumba Tangkak pada 14 dan 15 Mei nanti.

CP150 : Keputusan Pusingan 1

1. Ahmad Afif Amran (PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ Racing Team), 14’32.412s.

2. Mohd Izzat Zaidi Salehan (PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ Racing Team), 14’32.435s

3. Mohd Haziq Md Fairues (PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor Team), 14’32.455s

CP125 : Keputusan Pusingan 1

1. Mohd Hafiza Rofa (ONEXOX TKKR Racing Team), 11’20.624s

2. Mohd Syafiq Rasol (ONEXOX TKKR Racing Team), 11’20.661s

3. Mohd Syafiz Rosli (PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor Team), 11’20.696s

Wira KBS : Keputusan Pusingan 1

1. Mohd Syamil Mohd Iffende (PETRONAS Sprinta Yamaha-31 Racing Team), 7’13.921s

2. Mohd Danish Aiman Zamrul (PETRONAS Sprinta Yamaha-31 Racing Team), 7’18.747s

3. Mohd Adam Haikal Jahar (PETRONAS Sprinta Yamaha-31 Racing Team), 7’18.782s

Leave a Reply

Your email address will not be published.