AFIF AMRAN JUARA PUSINGAN 9 KEJUARAAN PETRONAS MALAYSIA CUBPRIX 2021

AFIF AMRAN JUARA PUSINGAN 9 KEJUARAAN PETRONAS MALAYSIA CUBPRIX 2021

Ahmad Afif Amran dari pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ Racing mencetak nama sebagai juara perlumbaan Pusingan 9 sekali gus merampas kedudukan pendahulu kutipan mata bagi kategori CP150 dari Azroy Hakeem Anuar.

Afif, yang sedang memburu gelaran Juara ketiga dalam kategori premier ini, begitu konsisten menghadapi tekanan dalam perlumbaan 11 lap tersebut. Walaupun dicabar dan diasak hebat oleh Kasma Daniel Kasmayudin dan Mohd Akid Aziz, Afif tenang menghadapi cabaran sehingga berjaya mencatat kemenangan ketiga musim ini dengan catatan masa 15’53.188s.

Akid Aziz dari pasukan ONEXOX TKKR Racing Team menduduki tempat kedua disusuli Kasma Daniel Kasmayudin. Rentak perlumbaan yang dipamerkan oleh ketiga pelumba terdahulu tidak dapat dikejar oleh kelompok kedua.

Manakala Azroy Hakeem Anuar yang menamatkan perlumbaan di tempat ke-empat (Pasukan Honda Yuzy Idemitsu) kini jatuh ke tangga kedua keseluruhan, lapan mata kejuaraan di belakang Afif. Pastinya Azroy akan bangkit dan merancang strategi untuk pusingan akhir yang akan berlangsung esok untuk mengungguli juara keseluruhan bagi kategori perdana ini (CP150)

Leave a Reply

Your email address will not be published.