All day
August 6, 2022 – August 7, 2022
Malaysian Cub Prix Championship 2022
Kejuaraan Cub Prix Malaysia adalah siri perlumbaan ‘underbone’ atau ‘moped’ peringkat kebangsaan untuk motosikal berkapasiti antara 100 hingga 150cc. Kejohanan ini adalah pemaju akar umbi dengan objektif utama untuk mencari dan mengembangkan bakat pelumba motosikal Malaysia.
Kalendar perlumbaan Cub Prix musim 2022 adalah seperti berikut:
- Pusingan 1 Sepang Utara 12 & 13 Mac, 2022
- Pusingan 2 Litar Tangkak 14 & 15 May, 2022
- Pusingan 3 Sepang Selatan 11 & 12 Jun, 2022
- Pusingan 4 Litar Permotoran Terengganu 24 & 25 Jun, 2022
- Pusingan 5 akan diumumkan 16 & 17 Julai, 2022
- Pusingan 6 Sepang Utara 6 & 7 Ogos, 2022
- Pusingan 7 Litar Permotoran Terengganu 26 & 27 Ogos, 2022
- Pusingan 8 Sepang Selatan 8 & 9 Oktober, 2022
- Pusingan 9 Litar Tangkak 29 & 30 Oktober, 2022
- Pusingan 10 akan diumumkan 3 & 4 Disember, 2022
“Mengikut arah baharu yang telah dipersetujui dengan semua pihak yang berkenaan, Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix akan lebih mengutamakan penganjuran perlumbaan di litar-litar tetap. Ada kemungkinan kami akan menganjurkan beberapa perlumbaan di dalam litar sementara seperti dahulu. Namun demikian, litar tetap akan lebih diutamakan untuk menaikkan taraf sukan permotoran Malaysia,” kata Ron Hogg, Pengarah Safe Aim Mutual Sdn Bhd.
“Kami berharap akan ada lebih banyak fasiliti, infrastruktur sukan permotoran dan litar akan dibina dalam negara ini. Kemudahan-kemudahan ini banyak membantu dalam usaha meningkatkan daya saing sukan permotoran negara.”
“Bagi pihak Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix, kami ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang banyak membantu menyempurnakan kejohanan musim 2021. Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua penaja kejuaraan (terutamanya kepada PETRONAS, penaja utama Kejohanan Malaysian Cub Prix) serta semua pasukan, pelumba dan agensi-agensi kerajaan yang turut menjayakan musim 2021 yang mencabar ini,” kata Ron lagi.