Kasma Buktikan Keunggulan Di ARRC Pusingan 2 Perlumbaan 1

Kasma Buktikan Keunggulan Di ARRC Pusingan 2 Perlumbaan 1

Bermula baik di petak pertama perlumbaan, Kasma (YAMAHA GEN BLU Racing Team ASEAN) seolah kehilangan rentak di awal perlumbaan apabila kedudukannya di ragut oleh Haruki Noguchi (Pasukan SDG Motorsports HARC-PRO Ph) yang di ekori rapat Zaqhwan Zaidi (Pasukan Honda Asia-Dream with Showa) sebaik sahaja perlumbaan bermula.

Namun demikian, Kasma memberikan asakan kepada 2 pelumba ini sedari pusingan awal untuk memintas namun sering ditutup. Bagaimanapun pada pusingan ke 8 Kasma berjaya memintas Haruki dan Zaqhwan untuk terus berada dihadapan sehingga tamat perlumbaan bagi katogeri ASB1000.

Dalam katogeri SS600 pula, 3 pelumba negara iaitu Ibrahim Norrodin (SIC Racing) selaku juara berjaya mengenepikan bekas pelumba Moto3 negara Khairul Idham Pawi (Pasukan Boon Siew HONDA Racing) dan rakan sepasukan Azroy Hakeem Anuar. Perlumbaan yang sengit seawal perlumbaan bermula dengan kedudukan pendahulu yang berubah-ubah dari setiap pusingan, Ibrahim berjaya membuktikan ketangkasan beliau untuk mengatasi pesaingnya.

Katogeri AP250 pula menyaksikan penguasaan pelumba dari negara tetangga Indonesia apabila Andy Muhammad Fadly (Pasukan Motul Sniper Tech Racing) selaku juara serta rakan senegara Rheza Danica Ahrens (Pasukan ASTRA Honda Racing) ditempat kedua manakala pelumba Jepun Aiki Iyoshi (Pasukan Motul Sniper Tech Racing) ke tiga

UB150 pula menyaksikan kemenangan 1-2 Pasukan ONEXOX TKKR Racing dimana Hafiza Rofa pelumba negara membuktikan keupayaan beliau untuk bergelar juara manakala rakan sepasukan Wahyu AjiTrilaksana dari Indonesia ditempat ke 2 manakala Gupita Kresna (Indonesia : Pasukan 4S1M Racing) di tempat ke 3

Buat julung kalinya Kejuaraan TVS Asia One Make Race dipertandingkan di Litar Sepang, Pelumba Thailand Verapong Malahuan menjadi juara manakala pelumba Indonesia Decky Tiarno Aidy ke 2 dan pelumba Australia Varis Felix Fleming ke 3

Sumber Berita : ARRC
Suntingan Berita : Berita Litar
Gambar : Razif Sangit



#ARRC #asiapower

Leave a Reply

Your email address will not be published.