YAMAHA BOLOT LAGI KEMENANGAN DI LITAR TANGKAK PUSINGAN 2

YAMAHA BOLOT LAGI KEMENANGAN DI LITAR TANGKAK PUSINGAN 2

Ahmad Afif Amran membawa keceriaan kepada pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing sekali lagi apabila beliau menyambar kedudukan pertama di podium bagi pusingan kedua, Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix, 2022.

Bermula di petak kedua, pelumba jentera Yamaha ini telah tampil dengan persembahan yang mantap apabila beliau memintas pesaingnya Md Haziq Md Fairues di saat-saat terakhir perlumbaan kategory CP150 ini.

Afif yang mendahului perlumbaan tersebut untuk dua lap pertama dipintas oleh Haziq yang kemudiannya menguasai litar sepanjang perlumbaan. Namun begitu, Afif mengukuhkan strateginya pada lap terakhir dan memintas Haziq di selekoh terakhir sebelum menamatkan perlumbaan dengan catatan masa terpantas 14’36:498s.

Haziq dari pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor mengambil tempat kedua dengan catatan masa 14’36:653s dan diikuti oleh rakan sepasukannya Nazirul Izzat Md Bahauddin dengan catatan masa 14’42:303s.

Sementara itu, bagi kategory CP125, pasukan ONEXOX TKKR Racing meraihkan kemenangan berganda sekali lagi apabila duo pasukan mereka menyambar kedudukan pertama dan kedua di podium.

Md Hafiza Rofa dan Md Shafiz Rasol sekali lagi mengharumkan nama pasukan mereka apabila mereka menghabiskan perlumbaan dengan catatan masa 11’43:329s dan 11’44:012s masing-masing.

Tempat kedua dan ketiga pula di ambil oleh Md Aliff Danial Md Asri dari pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor dan Md Harith Farhan Baharin dari pasukan Tobaki Pink Racing Team dengan catatan masa 11’44:012s dan 11’45:596s masing-masing.

Pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha – 31 Racing sekali lagi mengukuhkan kedudukannya bagi kategorI Wira KBS apabila mereka menyapu ketiga-tiga tempat di podium.

CP150 : Keputusan Pusingan 1

Ahmad Afif Amran, PETRONAS SPRINTA YAMAHA – CKJ RACING, 14:36.498

Md Haziq Md Fairues, PETRONAS SPRINTA YAMAHA MAJU MOTOR, 14:36.653

Nazirul Izzat Md Bahauddin, PETRONAS SPRINTA YAMAHA MAJU MOTOR, 14:42.303

CP125 : Keputusan Pusingan 2

Md Hafiza Rofa, ONEXOX TKKR RACING TEAM, 11:43.329

Md Aliff Danial Md Asri, PETRONAS SPRINTA YAMAHA MAJU MOTOR, 11:44.012

Md Harith Farhan Baharin, TOBAKI PINK RACING TEAM, 11:45.596


Wira KBS : Keputusan Pusingan 2

Md Syamil Amsyar Md Iffende, PETRONAS SPRINTA YAMAHA – 31 RACING, 8:43.929

Md Danish Aiman Zamrul, PETRONAS SPRINTA YAMAHA – 31 RACING, 8:44.224

Md Adam Haikal Jahar, PETRONAS SPRINTA YAMAHA – 31 RACING, 8:44.442

Leave a Reply

Your email address will not be published.