AFIF AMRAN DAN HAFIZA ROFA TAKLUK LITAR TANGKAK DUA KALI BERTURUT2

AFIF AMRAN DAN HAFIZA ROFA TAKLUK LITAR TANGKAK DUA KALI BERTURUT2

Litar Permotoran Tangkak sepanjang 1.025km menjadi milik Ahmad Afif Amran (CP150 : CKJ Racing) dan Hafiza Rofa (CP125 : ONEXOX TKKR Racing) dalam Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix minggu ini.

Katogeri Perdana CP150 menyaksikan pertarungan yang sengit pada pusingan 8 ini apabila jarak antara pelumba yang agak rapat sebaik sahaja perlumbaan bermula.Dua pelumba ONEXOX TKKR Racing Akid dan Muzakir yang mendahului awal perlumbaan berjaya dipintas oleh Afif di pusingan/lap kelima.

Dengan gaya tunggangan yang mantap, konsisten serta defensif, Afif berjaya mengekalkan posisi pendahulu sehingga tamat perlumbaan walaupun sering diasak rapat oleh Akid. Lebih mengujakan lagi, Afif juga merekodkan masa terpantas yang dilakukan di Litar Permotoran Tangkak sekaligus memadamkan rekod beliau sendiri. Tambah manis mengiringi Afif di podium kemenangan adalah rakan sepasukan Aiman Tahiruddin yang menduduki tempat ke-3 dan Akid kekal di tempat ke-2

Perebutan takhta Juara Katogeri CP150 ini juga semakin hangat apabila himpunan pungutan mata antara pendahulu Azroy (Yuzy Idemetsu Racing) hanya dipisahkan 4 mata sahaja dengan Afif. Berbaki lagi dua pusingan yang bakal berlangsung pada pertengahan Disember nanti, adakah Azroy terus unggul sebagai pendahulu atau Afif yang akan merampas takhta juara? Sama2 kita nantikan detik itu.

Bagi CP125 pula, menyaksikan Hafiza Rofa (ONEXOX TKKR Racing) yang menggegarkan podium juara buat kali kedua berturut2. Perlumbaan sengit juga dikatogeri ini, seawal perlumbaan, Adib Rosley (Ipone Yamaha YY Pang Racing) yang menduduki posisi pertama dengan diekori rapat oleh Hafiza. Hafiza yang berada dibelakang Adib mara ke posisi pendahulu apabila Adib membuat kesilapan dengan membuka ruang.

Pantas memintas Adib, Hafiza tidak menoleh ke belakang lagi dengan terus mara kehadapan hingga tamat perlumbaan. Adib yang mendahului carta pungutan mata sekadar berpuashati di tempat kedua manakala Mohd Firdaus Hamdan (Moto1 Kyoko Honda KC Racing) ditempat ke-3.

Dengan pencapaian Hafiza di pusingan 7 & 8 ini, membolehkan beliau melonjakkan diri ketangga kedua jumlah pungutan mata (118 mata). Adib kekal sebagai pendahulu dengan jumlah pungutan 150 mata

CP150 : KEPUTUSAN PUSINGAN 8

  1. Ahmad Afif Amran (Yamaha, PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ Racing), 14’42.762s
  2. Mohd Akid Aziz (Yamaha, ONEXOX TKKR Racing Team), 14’44.040s
  3. Mohd Aiman Tahiruddin (Yamaha, PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ Racing), 14’52.908s

CP150 : JUMLAH PUNGUTAN MATA

  1. Azroy Hakeem Anuar (Honda, Honda Yuzy Idemitsu Team), 125 pts
  2. Ahmad Afif Amran (Yamaha, PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ Racing), 121 pts
  3. Mohd Akid Aziz (Yamaha, ONEXOX TKKR Racing Team), 106 pts

CP125 : KEPUTUSAN PUSINGAN 8

  1. Mohd Hafiza Rofa (Yamaha, ONEXOX TKKR Racing Team), 11’41.155s
  2. Mohd Adib Rosley (Yamaha, Ipone Yamaha YY Pang Racing Team), 11’42.288s
  3. Mohd Firdaus Mohd Hamdan (Honda, Moto1 Koyoko Honda KC Racing), 11’42.730s

CP125 : JUMLAH PUNGUTAN MATA

  1. Mohd Adib Rosley (Yamaha, Ipone Yamaha YY Pang Racing Team), 150 pts
  2. Mohd Hafiza Rofa (Yamaha, ONEXOX TKKR Racing Team), 118 pts
  3. Mohd Syafiq Rosli (Yamaha, PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor), 109 pts

Leave a Reply

Your email address will not be published.