CP 150 PETRONAS MALAYSIA CUBPRIX : AFIF AMRAN MENYENGAT DI PUSINGAN 7 TANGKAK

CP 150 PETRONAS MALAYSIA CUBPRIX : AFIF AMRAN MENYENGAT DI PUSINGAN 7 TANGKAK

Ahmad Afif Amran dari pasukan CKJ Racing berjaya mencetak kemenangan pertama beliau di musim 2021 Pusingan 7 Litar Permotoran Tangkak Johor setelah hampir 2 tahun tanpa kemenangan. Kehadiran penonton yang hadir buat pertama kali setelah hampir 2 tahun juga seolah memberikan semangat buat Afif untuk bergelar Juara di Pusingan 7 ini.

Seawal perlumbaan Kasma yang meluru merebut tempat pertama dan bertahan sehingga pusingan/lap ke 15, akhirnya akur dengan tentangan hebat dari pencabar-pencabar lain seperti Afif Amran, Akid Aziz dan juga Nazirul Izzat. Namun pada pusingan/lap ke 17, dengan beberapa insiden ‘close contact’ Afif menggunakan peluang ini untuk menjarakkan kedudukan dan ini secara tidak langsung memberikan Afif ruang yang selesa untuk berada ditempat pertama.

Bagi pendahulu keseluruhan CP 150 Azroy Hakeem Anuar, hanya sekadar di tempat ke 5 setelah berhempas pulas untuk maju ke posisi yang lebih baik. Berbekal dengan 114 kutipan mata Azroy kekal mendahului katogeri perdana (CP 150) ini.

Bagi katogeri CP 125 pula, Hafiza Rofa dari pasukan ONEXOX TKKR telah berjaya menaiki podium juara apabila berjaya memintas pendahulu perlumbaan Mohd Zaki Ahmad Zamri yang mendominasi perlumbaan seawal saingan bermula. Hafiza yang jelas lebih berpengalaman telah memberikan tentangan yang hebat di pusingan-pusingan terakhir kepada Zaki. Kemenangan Hafiza Rofa ini merupakan kemenangan ke-2 beliau di musim 2021 ini.

CP150 : KEPUTUSAN PUSINGAN 7

  1. Ahmad Afif Amran (Yamaha, PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ Racing), 14’49.941s
  2. Nazirul Izzat Bahaudin (Yamaha, PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor), 14’51.725s
  3. Mohd Akid Aziz (Yamaha, ONEXOX TKKR Racing Team), 14’52.835s

CP150 : JUMLAH PUNGUTAN MATA

  1. Azroy Hakeem Anuar (Honda, Honda Yuzy idemitsu Team), 114 pts
  2. Ahmad Afif Amran (Yamaha, PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ Racing), 96 pts
  3. Mohd Akid Aziz (Yamaha, ONEXOX TKKR Racing Team), 86 pts

CP125 : KEPETUSAN PUSINGAN 7

  1. Mohd Hafiza Rofa (Yamaha, ONEXOX TKKR Racing Team), 11’44.996s
  2. Mohd Zaki Ahmad Zamri (Yamaha, Yamaha GenBlu AHM Motorsports), 11’45.355s
  3. Mohd Adib Rosley (Yamaha, Ipone Yamaha YY Pang Racing Team), 11’49.254s

CP125 : JUMLAH PUNGUTAN MATA

  1. Mohd Adib Rosley (Yamaha, Ipone Yamaha YY Pang Racing Team), 130 pts
  2. Mohd Fareez Afeez Abd Rahman (Yamaha, Ipone Yamaha YY Pang Racing Team), 102 pts
  3. Mohd Syafiq Rosli (Yamaha, PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor), 98 pts

Leave a Reply

Your email address will not be published.